My Add

Tuesday 10 June 2014

Mogok ancam pembukaan Piala Dunia

 * ORANG RAMAI melarikan diri selepas polis membedil gas pemedih mata semasa mogok pekerja kereta api bawah tanah di Sao Paulo, Brazil semalam.- REUTERS
SAO PAULO, ISNIN 09 Jun, 2014: Polis Brazil dan pekerja sistem kereta api bawah tanah bertempur di sebuah stesen komuter di bandar raya ini semalam.

Perkembangan itu berlaku ketika beberapa pegawai kesatuan sekerja mengugut akan meneruskan mogok sepanjang perlawanan pembukaan Piala Dunia di sini pada minggu ini.

Mogok tersebut yang masuk hari kelima semalam, membimbangkan pihak berkuasa kerana kereta api bawah tanah merupakan sistem pengangkutan utama untuk peminat Piala Dunia menyaksikan perlawanan pembukaan Brazil menentang Croatia Khamis ini.

Stadium berkenaan terletak sekitar 20 kilometer ke timur bandar raya ini di mana kebanyakan pelancong menginap.

Dalam pada itu, polis pencegah rusuhan menembak gas pemedih mata dan mengusir kira-kira 100 pekerja keluar dari stesen komuter tersebut.

Sehingga kini, sekitar 50 peratus stesen kereta api bawah tanah di sini masih beroperasi tetapi tanpa perkhidmatan yang sempurna.

"Ini adalah cara mereka (pihak berkuasa) berunding, dengan gas pemedih mata dan penindasan," kata seorang ketua kesatuan sekerja, Alexandre Roland di luar stesen itu di sini.

Pekerja-pekerja berkenaan berarak ke arah pusat bandar raya untuk menyertai satu tunjuk perasaan lebih besar yang disertai oleh pelbagai kumpulan aktivis termasuk golongan pekerja tidak berumah.

Mereka menuntut kerajaan membina rumah kos rendah dan mengadakan sistem pengangkutan awam percuma. - AP/KOSMO!

No comments:

Post a Comment