My Add

Friday 13 June 2014

Mustafar ganti Sutinah Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM

KUALA LUMPUR, JUMAAT 13 Jun, 2014: Datuk Mustafar Ali dilantik sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menggantikan Datuk Sutinah Sutan yang bersara wajib Ahad ini.

Mustafar, 54, yang sebelum ini Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, akan memulakan tugas baharu itu Isnin ini.

Sutinah yang merupakan wanita pertama menyandang jawatan berkenaan, telah berkhidmat selama 34 tahun bersama SPRM atau dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Sepanjang kerjayanya, antara bakti beliau yang berjaya mengangkat SPRM ke suatu tahap yang tinggi adalah mencetuskan program Ikrar Integriti Korporat (CIP) yang telah ditandatangani lebih 400 agensi awam dan swasta. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment