My Add

Friday 13 June 2014

Tiga lagi militan ditangkap

KUALA LUMPUR, JUMAAT 13 Jun, 2014: Tiga rakyat tempatan yang disyaki terlibat dalam kegiatan militan telah ditahan dalam satu operasi khas di Sandakan, Sabah, pagi tadi.

Difahamkan, sepasukan pegawai Bahagian Anti-Pengganas, Cawangan Khas, Bukit Aman menahan ketiga-tiga suspek yang berusia di antara umur 29 hingga 31 tahun.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, operasi itu adalah susulan tangkapan ke atas 12 anasir militan sejak 28 April lalu. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment