My Add

Wednesday 4 June 2014

Najib umum subsidi pakej perisian GST untuk PKS

KUALA LUMPUR, RABU 04 Jun, 2014: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan permohonan untuk e-baucar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) bernilai RM1,000, kini dibuka.

Beliau berkata, baucar ini merupakan kaedah mudah, cepat dan berkesan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) membeli atau menaik taraf perisian perakaunan pematuihan GST.

Najib membuat pengumuman ini dalam ucaptama pada perasmikan pameran tahunan PKS (SMIDEX) 2014 di Kuala Lumpur Convention Centre, di sini.

``Mereka hanya perlu membuat pemohonan secara dalam talian untuk e-baucar ini yang boleh digunakan untuk membeli perisian daripada vendor yang mengambil bahagian.

``Saya menggesa PKS supaya tampil dan memanfaatkan bantuan yang disediakan oleh kerajaan ini bagi memastikan peralihan lancar dalam pelaksanaan GST,'' katanya.

GST akan dilaksanakan berkuat kuasa 1 April 2015 pada kadar 6 peratus menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan.

Kadar cukai jualan dan perkhidmatan kini masing-masing ditetapkan pada 10 peratus dan 6 peratus. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment