My Add

Monday 16 June 2014

Pekerja ladang ternakan dihukum gantung edar kanabis

ALOR SETAR, ISNIN 16 Jun, 2014: Seorang pekerja ladang ternakan dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati bersalah mengedar kanabis seberat 1,997.24 gram kira-kira dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd. Zaki Abdul Wahab menjatuhkan hukuman itu terhadap Fauzi Naim Muhammad Zaki, 27, setelah pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Mengikut kertas pertuduhan, kesalahan itu didakwa dilakukan di tepi Warung Laksa Mambo, Taman Sejahtera, Lunas, Kulim kira-kira pukul 5.15 petang pada 14 Mac 2012.

Pertuduhan ke atas pemuda itu yang berasal dari Taiping, Perak dijalankan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment