My Add

Thursday, 19 June 2014

Pelajar ditahan, sebar berita palsu OKT lari dari lokap

Oleh AZRAI MOHAMMAD

KUALA LUMPUR, KHAMIS 19 Jun, 2014: Polis menahan seorang pelajar akademi penerbangan luar negara bagi membantu siasatan kerana menyebarkan berita palsu mengenai seorang tahanan terlepas dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang di laman sosial, semalam.

Pelajar akademi penerbangan di Kanada yang berusia 23 tahun itu ditahan di rumahnya Setiawangsa di sini pada kira-kira pukul 2 petang.

Difahamkan, remaja tersebut telah menyebarkan berita palsu itu menerusi akaun Twitter miliknya baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, penahanan pelajar terbabit adalah ekoran laporan yang dilakukan oleh pihak polis semalam berhubung penyebaran di laman sosial Facebook dan WhatsApp kononnya seorang suspek yang terbabit dalam jenayah bunuh, samun bersenjata dan rogol terlepas dari lokap.

"Pelajar itu kini ditahan mengikut Seksyen 233 Akta Multimedia dan Komunikasi 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian iaitu Twitter," katanya ketika dihubungi di sini.

Isnin lalu, polis telah menafikan penyebaran gambar tersebut dan menyangkal dakwaan suspek berkenaan lari dari lokap.

Khairuldin berkata, orang ramai diminta tidak mempercayainya dan dapatkan pengesahan terlebih dahulu daripada pihak polis. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment