My Add

Thursday 19 June 2014

Rumah Mamat Khalid dipecah masuk, kereta dilarikan
Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR

IPOH, KHAMIS 19 Jun, 2014: Pengarah filem terkenal, Mohammad Mohd. Khalid atau lebih dikenali sebagai Mamat Khalid, mengalami kerugian hampir RM100,000 apabila kediaman teres dua tingkatnya di Taman Ipoh Jaya Timur di sini dipecah masuk oleh tiga penjenayah, awal pagi semalam.

Dalam kejadian berlaku kira-kira pukul 3.30 pagi, isterinya, Hasmah Hassan, 50, sedang tidur bersama dua lagi anaknya, Mohd. Khalid Adam, 19, dan Nur Hassanah di bilik tingkat atas.

Hasmah berkata, dia hanya menyedari kejadian tersebut selepas solat Subuh apabila melihat jeriji besi tingkap di ruang makannya diumpil dan pintu serta laci almari di ruang tamunya terbuka.

"Apabila menjenguk di laman rumah, saya terkejut apabila melihat kereta jenis Mitsubishi Triton berwarna putih bernombor pendaftaran AHB 6181 telah hilang biarpun pintu pagar tertutup.

"Setelah melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) milik jiran, saya melihat seorang daripada mereka masuk dan keluar melalui tingkap yang sama.

Mereka bukan sahaja mengambil kunci kereta tersebut, malah turut melarikan kunci rumah dan alat kawalan jauh pintu pagar automatik yang diletakkan di atas piano," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini semalam. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment