My Add

Tuesday 3 June 2014

Pemandu, kelindan treler maut

GOPENG , SELASA  03 Jun, 2014: Seorang pemandu treler dan kelindannya maut apabila kenderaan yang mereka naiki terbabas dan terjunam ke dalam sebuah gaung di Kilometer 300.2, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala utara berhampiran Gua Tempurung dekat sini malam tadi.

Dalam nahas pukul 10.15 malam itu, pemandu treler, Mohd. Mustafa Syafie, 36, yang mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan meninggal dunia semasa dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

Seorang rakannya yang masih belum dikenal pasti identitinya itu pula turut mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kampar, Supritendan Ng Kong Soon berkata, semasa kejadian, treler jenis Volvo muatan barangan alat ganti kenderaan bermotor itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Ipoh.

Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, kenderaan tersebut hilang kawalan, lalu terbabas sebelum terjunam ke dalam sebuah gaung di sebelah kiri jalan. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment