My Add

Wednesday 4 June 2014

Pemuda UMNO J9hor persoal KPJ benar kakitangan berkempen

KUALA LUMPUR, SELASA 03 Jun, 2014: Pemuda UMNO Johor hari ini mempersoalkan tindakan pihak pengurusan Kumpulan Perubatan Johor Berhad (KPJ) yang membiarkan premis mereka digunakan sebagai lokasi berkempen calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, baru-baru ini.

Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda UMNO Negeri Johor, Ismail Md. Nor berkata, sebagai sebuah agensi yang berada di bawah pentadbiran kerajaan negeri parti Barisan Nasional (BN), tindakan itu dilihat sebagai tidak sensitif dengan sentimen kepartian.

Sehubungan itu, jelasnya, Pemuda UMNO akan mengemukakan memorandum bantahan kepada Menteri Besar Johor terhadap tindakan pengurusan KPJ dan beberapa anak syarikat milik Johor Corporation kerana tidak mendokong aspirasi kerajaan negeri.

"Kita mendapat maklumat bahawa terdapat poster calon DAP, Dyana Sofya Mohd. Daud, ditampal di salah sebuah premis di KPJ.

"Kita kesal dengan kejadian ini kerana beberapa lagi anak syarikat milik Johor Corporation itu didapati telah diserap dengan dakyah pembangkang," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, Pemuda UMNO Johor tidak gentar dengan sebarang cubaan untuk memperkecilkan pimpinan kerajaan negeri itu.

"Kita akan terus berjuang mempertahankan pemimpin negeri ini kerana sebagai pemimpin muda negeri, kita mahu menyediakan landasan yang tepat kepada peneraju syarikat milik kerajaan (GLC)," katanya.

Sebelum ini, beberapa laman blog antaranya http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com dan http://sejarahmelayu.blogspot.com turut memaparkan tindakan seorang pakar perubatan di pusat perubatan berkenaan yang menampal gambar calon DAP itu di kliniknya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment