My Add

Wednesday 4 June 2014

Dyana Sofya akan tinggalkan DAP

BUTTERWORTH, SELASA 03 Jun, 2014: Dyana Sofya Mohd. Daud yang gagal mempertahankan kerusi DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Sabtu lalu, akan meninggalkan parti itu apabila dia sudah 'terhantuk'.

Sambil menjangkakan perkara itu akan berlaku dalam tempoh setahun dua ini, bekas Ahli DAP, Rahmad Ishak berkata, apabila sudah merasai sendiri pengalaman buruk berjuang dalam parti yang dikuasai Dinasti Lim itu, Dyana Sof­ya seperti beberapa pemimpin Melayu DAP sebelum ini akan mengucapkan selamat tinggal.

"Ketika ini, jika tekanan diberikan kepada dia untuk keluar DAP, usaha itu tidak akan membawa hasil kerana Dyana Sofya melihat DAP seperti 'tokong'," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Rahmad berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim bahawa Dyana Sofya akan meninggalkan parti itu selepas menyedari DAP bukan parti berbilang kaum seperti yang sering dilaungkan pemimpinnya.

Mengulas lanjut, Rahmad yang juga Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) berkata, ketika ini, gadis berusia 27 tahun itu belum menyedari DAP bukanlah pohon untuk orang Melayu berteduh. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment