My Add

Thursday 19 June 2014

Pendakwaan terhadap Rayer ditangguhkan

PULAU PINANG, KHAMIS 19 Jun, 2014: Pendakwaan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer hari ini ditangguhkan atas arahan yang dikeluarkan Ketua Unit Pendakwaan Jabatan Penasihat Undang-Undang negeri, Datuk Razali Che Ani.

Perkara itu dimaklumkan peguam Rayer, Gobind Singh Deo yang berkata, notis penangguhan tersebut hanya diterima pihaknya pagi ini di Mahkamah Sesyen di sini.

Menurutnya, beliau akan mendapatkan penjelasan daripada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan akan memohon supaya dakwaan ke atas Rayer di bawah Akta Hasutan 1948 digugurkan. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment