My Add

Friday 13 June 2014

Perisian cetak rompak bernilai lebih RM350,000 dirampas

KUALA LUMPUR, JUMAAT 13 Jun, 2014:- Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kuala Lumpur menumpaskan 26 kes penjualan salinan perisian cetak rompak bernilai lebih RM350,000 bagi tempoh Januari hingga semalam.

Ketua Pegawai Penguat Kuasanya, Rosli Ahmad berkata, rampasan itu membabitkan 33 komputer riba dan 9,927 salinan perisian cetak rompak dalam bentuk cakera padat (CD) dan video cakera padat (VCD).

"Nilai rampasan ini bernilai RM355,639," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam serbuan terbaru pada Selasa dan Rabu lepas, pihaknya merampas lapan komputer riba dan 17 salinan perisian cetak rompak, bernilai RM39,000 dalam serbuan berasingan di pusat beli-belah. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment