My Add

Friday 13 June 2014

PUNB lulus pinjaman RM128 juta sehingga 31 Mei

MELAKA, JUMAAT 13 Jun, 2014: Perbadanan Usahawan Nasional Bhd. (PUNB) meluluskan pinjaman berjumlah RM128 juta kepada 350 usahawan dalam lima skim pembiayaannya antara Januari dan 31 Mei lalu.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, daripada jumlah itu, seramai 21 usahawan diberi pinjaman menerusi skim Prosper Pemborong berjumlah RM41.4 juta; 143 usahawan Prosper Runcit (RM33.8 juta); 96 usahawan Prosper Teras (RM23.7 juta); lapan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (RM23.5 juta) dan 82 Prosper Usahawan Muda (RM5.6 juta).

Beliau berkata, jumlah pembiayaan itu merupakan 61 peratus daripada sasaran peruntukan pembiayaan berjumlah RM208.6 juta melibatkan 617 usahawan menjelang akhir tahun ini.

"Baki pembiayaan berjumlah RM80.5 juta, dijangka dapat diagihkan kepada 267 usahawan menjelang akhir tahun ini," katanya kepada pemberita selepas majlis pertemuan PUNB dengan usahawan negeri Melaka di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment