My Add

Saturday 14 June 2014

PM diminta terus pertahan saman terhadap Malaysiakini

KUALA LUMPUR, JUMAAT 13 Jun, 2014: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diminta terus mempertahankan tindakannya memfailkan saman terhadap portal propembangkang Malaysiakini dan dua editor kanannya sebagai mendukung prinsip undang-undang Islam iaitu mempertahankan maruah.

Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam), Datuk Khairul Anuar Rahmat berkata, Najib sebagai pemimpin nombor satu negara seharusnya bertindak seperti itu kerana beliau harus memberi contoh kepada rakyat tentang erti keadilan, hak asasi dan kepentingan undangundang.

"Perdana Menteri tidak perlu berganjak kerana tindakan beliau adalah selari dengan undangundang Perlembagaan negara dan prinsip Islam yang menyeru umatnya berani mempertahankan maruah.

"Prinsip Qisas dalam undangundang Islam telah menyatakan jika orang mencungkil mata kita, kita boleh mencungkil matanya semula. Bermakna sekiranya tindakan kita adalah betul demi mempertahankan maruah, mengambil tindakan adalah tidak salah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Majlis Peguam yang menggesa Perdana Menteri membatalkan saman terhadap Malaysiakini dan dua editornya kerana menganggap tindakan mahkamah itu menyalahi hak asasi manusia.

Pada 30 Mei lalu, Perdana Menteri memfailkan saman fitnah berhubung penerbitan dua artikel bertajuk ‘A case of the PM reaping what he sows’ dan ‘How much will Najib spend to keep Terengganu?’.

Artikel berkenaan yang berdasarkan komen para pembaca, dipilih dan diterbitkan semula oleh Malaysiakini dengan membuat banyak tuduhan palsu dan memfitnah Perdana Menteri termasuk membayangkan beliau seolaholah terlibat dalam jenayah serius.

Sementara itu, Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, Malaysiakini seolaholah tidak mengamalkan aspek batasan dalam kebebasan bersuara apabila masih enggan menggunakan ruang dan peluang yang diberikan oleh pihak Perdana Menteri sebelum kes saman itu dibicarakan.

Katanya, tidak salah untuk mana-mana pihak bersuara dengan bebas namun perlu diingatkan dalam aspek kebebasan hak, terdapat undangundang yang menuntut semua pihak tidak melangkaui akta hasutan dan fitnah.

"Memang benar ada kebebasan bersuara tetapi ada hadnya. Tuduhan yang dilakukan oleh Malaysiakini menerusi siaran mengenai suratsurat dakwaan pembaca yang tidak disiasat terlebih dahulu merupakan bukti kukuh portal itu melakukan tuduhan melulu.

"Malaysiakini boleh menyatakan bahawa artikel tersebut hanya berbentuk pandangan ramai namun portal itu harus bertanggungjawab kerana menyiarkannya. Maka mereka mesti jawab di mahkamah," katanya.

Nik Ahmad Kamal berkata, Majlis Peguam pula tidak seharusnya melatah dalam kes saman antara Perdana Menteri dan Malaysiakini sebaliknya pihak tersebut perlu menghormati hak asasi pelbagai pihak malah majlis itu seharusnya memaparkan sikap yang lebih profesional. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment