* JOKO Widodo (tengah) bersalaman dengan para penyokongnya semasa kempen Pemilihan Presiden Indonesia 2014di Pasar Batik Trusmi di Cirebon, kelmarin. - REUTERS |
Pemimpin politik daripada Parti Demokrasi Indonesia-Perjuangan (PDI-P) itu yang sangat prihatin dengan suasana ini berkata, amalan tersebut adalah tidak baik dalam sistem demokrasi yang diamalkan di Indonesia.
"Politik di Indonesia sekarang kurang beradab, sedangkan individu yang terlibat dalam politik itu adalah orang yang berpendidikan," kata Jokowi dalam program bicara di Universiti Muhammadiyah Surakarta, Jawa Tengah hari ini.
Jokowi berkata keadaan tersebut disebabkan tersebarnya berita atau isu negatif di media massa atau media sosial.
"Serang-menyerang, fitnah dan menjatuhkan antara satu sama lain terus terjadi, terutama di media sosial. Berita ini tiada nilai dan boleh dianggap seperti sampah.
"Harusnya demokrasi itu kegembiraan. Ada pemilihan gabenor satu kegembiraan, pemilihan Presiden juga ada kegembiraan," katanya sambil disambut tepukan gemuruh para hadirin.
Acara di universiti berkenaan merupakan sebahagian daripada kempen politik Jokowi di bahagian pantai utara wilayah Jawa bagi menghadapi Pemilu Presiden kali ini. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment