My Add

Tuesday 3 June 2014

Ramai ingin melabur di Malaysia

Oleh Yulpisman Asli

 * MOHD. Irwan Serigar Abdullah (empat dari kanan) bergambar bersama Jamaludin Bujang (lima dari kanan), Shaik Taufik Shaik Yusof (enam dari kanan) dan Mathavan A. Chandran (tiga dari kanan) di hadapan restoran Penang milik usahawan Malaysia di London, baru-baru ini.
LONDON, ISNIN 02 Jun, 2014: Program transformasi ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan telah menarik lebih ramai pelabur asing untuk berurusan di Malaysia.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah berkata, usaha transformasi yang dilakukan itu memperlihatkan ketelusan, keikhlasan dan integriti kerajaan kepada pelabur asing supaya mereka menanam modal di Malaysia.

Beliau berkata, minat pelabur asing yang semakin terhadap Malaysia turut didorong oleh kedudukan strategik negara di rantau Asia Tenggara.

Katanya, kerajaan mahu wujudkan iaitu satu ekosistem yang sesuai dan kondusif untuk para pelabur bukan sahaja dalam negara tetapi dari luar negara yang semakin meningkat.

"Ini jelas terbukti dalam angka pertumbuhan ekonomi suku pertama 6.2 peratus, kalau kita pecah, kita tengok pelaburan swasta meningkat dua digit. Jadi, ramai yang ingin melabur di Malaysia. Begitu juga pelaburan asing angkanya pun semakin meningkat.

"Ini menunjukkan satu prestasi yang positif dan saya harap kita boleh kekalkan pertumbuhan ini bukan sahaja dalam suku-suku yang akan datang, tetapi dalam tahun-tahun akan datang," katanya ketika ditemui selepas majlis makan malam anjuran Malaysia Venture Capital Management Berhad (Mavcap) di sini, kelmarin.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mavcap, Jamaludin Bujang; Ketua Pegawai Operasinya, Shaik Taufik Shaik Yusof; CEO iGene Sdn. Bhd., Mathavan A. Chandran; Pengarah MIDA London, Najihah Abas dan Kaunselor (Komersial) Pusat Pelaburan dan Perdagangan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini, Khairul Nizam Moonier. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment