My Add

Wednesday 18 June 2014

Sasar Malaysia tempat kelima

KUALA LUMPUR, SELASA 17 Jun, 2014: Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) menyasarkan Malaysia berada pada tangga kelima teratas sebagai negara paling mudah untuk menjalankan perniagaan dalam Laporan Menjalankan Perniagaan Bank Dunia pada 2015.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd. Razali Hussain berkata, tahun ini Malaysia berada pada tangga keenam daripada 189 buah negara yang disenaraikan berbanding tempat ke-12 pada tahun lalu.

Katanya, pencapaian memberangsangkan itu juga menempatkan Malaysia mendahului negara kuasa ekonomi seperti Korea Selatan, Norway, United Kingdom dan Australia.

Menurut beliau, MPC yakin kedudukan lima teratas dalam laporan itu adalah relevan berikutan pencapaian Malaysia untuk menjadi 10 negara teratas lebih awal daripada sasaran asal yang akan dicapai pada 2015.

"Walau bagaimanapun, kami lebih fokus untuk mengekalkan kedudukan yang telah dicapai ketika ini kerana MPC percaya negara-negara lain yang terlibat turut berusaha untuk terus ke hadapan.

"Antara dua indikator yang akan diberi perhatian MPC ialah kerjasama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) ialah berurusan dengan permit pembinaan dan menyelesaikan ketidakmampuan membayar," katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi penerangan tentang inisiatif Pemudah dalam membantu menjalankan perniagaan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment