My Add

Wednesday 18 June 2014

Selangor tetap mahu Bible dipulangkan

SHAH ALAM, SELASA 17 Jun, 2014: Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor kekal dengan keputusan supaya Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memulangkan 351 buah Bible yang dirampas daripada Persatuan Bible Malaysia (BSM) pada Januari lalu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pemulangan kitab itu bagaimanapun perlu mengikut ketetapan yang dipersetujui oleh pihak-pihak terlibat dalam perbincangan tentang isu tersebut.

"Isu ini sudah dibincangkan dan jika ada ketetapan yang dicapai, saya akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk memberikan pilihan yang telah dipersetujui sebelum membuat pengumuman.

"Salah satu daripada pilihannya sudah tentu memulangkan Bible itu tetapi prosesnya perlu dibuat dengan betul," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Satu mesyuarat khas untuk membincangkan status Bible yang dirampas oleh JAIS pada 2 Januari lalu diadakan semalam.

Mesyuarat itu turut melibatkan Mufti Negeri, Datuk Seri Mohd. Tamyes Abd. Wahid; Exco Agama, Sallehen Mukhyi; Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman serta wakil Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan JAIS.

Abdul Khalid dalam pada itu berkata, beliau bercadang untuk menghadap Sultan Selangor esok. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment