My Add

Tuesday 17 June 2014

Anggota sindiket gores dan menang ditahan di Kelantan

KOTA BAHARU, SELASA 17 Jun, 2014: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kelantan menahan sembilan individu kerana disyaki menipu orang ramai melalui peraduan gores dan menang di sebuah premis di Jalan Long Yunus di sini hari ini.

Timbalan Pengarahnya, Abdul Ghani Harun berkata, kesemua suspek berusia lingkungan 25 hingga 30 tahun ditahan pada 1 tengah hari selepas intipan sejak awal pagi.

"Sindiket ini akan memaksa mangsanya untuk mengeluarkan wang sebanyak RM9,900 dan kebanyakan mangsa berumur 50-an.

"Mangsa juga tidak akan dilepas jika wang tidak diberikan, dan mereka agak rakus kerana memaksa pelanggan pergi ke bank untuk mengeluarkan wang," katanya kepada pemberita di lokasi serbuan hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment