My Add

Friday 13 June 2014

Seorang aktivis bakal hadapi hukuman penjara 14 tahun.

BANGKOK, JUMAAT 13 Jun, 2014: Seorang aktivis yang bertanggungjawab menganjurkan tunjuk perasaan anti-rampasan kuasa bulan lalu, bakal berhadapan hukuman penjara 14 tahun selepas dia didakwa melakukan kesalahan menghasut, melanggari undang-undang siber dan mengingkari perintah junta.

Sombat Boonngamonanong yang mengetuai kempen perhimpunan menentang rampasan kuasa yang dilakukan oleh tentera melalui laman sosial Facebook, bagaimanapun menafikan kesemua tuduhan yang dikenakan terhadapnya.

“Dia didakwa kerana menghasut untuk melakukan kekacauan di Facebook, di mana perbuatan sedemikian adalah salah di bawah Akta Jenayah Komputer.

“Satu lagi kesalahan dia adalah tidak menyerah diri kepada polis," kata Timbalan Komander Polis Bahagian Jenayah, Prasopchoke Prommul

Sombat ditahan minggu lalu di Chonburi, timur Bangkok, selepas pihak polis berjaya mengesan saspek melalui rangkaian Internet miliknya.

Sombat merupakan antara 300 aktivis, ahli politik dan wartawan yang ditahan pihak tentera selepas berlakunya rampasan kuasa pada 22 Mei lalu dan lokasi di mana mereka ditahan tidak didedahkan.

Dibawah Undang-Undang Darurat, perhimpunan yang dihadiri lebih daripada lima orang adalah salah dan pesalah boleh ditahan serta-merta oleh mana-mana pasukan keselamatan beruniform atau tidak beruniform.

Buat semantara waktu, mahkamah memberikan kebenaran kepada polis untuk menahan dan menyoal siasat Sombat selama 12 hari, sebelum dia dibicarakan di bawah Mahkamah Tentera. - REUTERS

No comments:

Post a Comment