My Add

Friday 13 June 2014

Polis Brazil bertempur dengan penunjuk perasaan.

SAO PAULO, JUMAAT 13 Jun, 2014: Polis Brazil bertempur dengan penunjuk perasaan di sini hari ini, beberapa jam sebelum sepak mula kejohanan Piala Dunia Bola Sepak 2014 berlangsung.

Pihak polis bertindak melepaskan tembakan bom bunyi bagi menyuraikan kira-kira 200 orang penunjuk perasaan yang berang dengan tindakan kerajaan berbelanja besar untuk menganjurkan acara tersebut.

Tindakan melepaskan bom diambil selepas penunjuk perasaan cuba menghalang jalan untuk ke Corinthians Arena di mana perlawanan pembukaan antara skuad kebangsaan Brazil dengan Crotia akan diadakan.

Menurut media, sekurang-kurangnya seorang penunjuk perasaan ditahan ekoran daripada kejadian itu. - REUTERS

No comments:

Post a Comment