My Add

Saturday 14 June 2014

Sultan Johor rasmi studio Pinewood

NUSAJAYA, SABTU 14 Jun, 2014: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini merasmikan studio bertaraf dunia, Pinewood Iskandar Malaysia Studios (PIMS) di sini.

Studio yang dilengkapi pelbagai kemudahan teknologi untuk pembikinan filem dan rancangan televisyen serta dibina dengan kos RM550 juta itu bakal meletakkan Johor sebagai hab produksi filem dan televisyen.

Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Pengarah Urusan Khazanah Malaysia Bhd., Tan Sri Azman Mokhtar. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment