My Add

Saturday 14 June 2014

5,000 rumah PR1MA dan cawangan UPSI dibina di Teluk Intan - Najib

TELUK INTAN, SABTU 14 Jun, 2014: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan beberapa inisiatif bagi pembangunan Teluk Intan termasuk pembinaan 5,000 unit rumah di bawah program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) serta penubuhan cawangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Sebagai memenuhi manifesto Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM5 juta bagi projek pembangunan di kawasan berkenaan.

``BN adalah sebuah parti yang berpegang kepada falsafah dan prinsip bahawa BN menetapi janji dan membawa harapan kepada penduduk kawasan ini,'' katanya ketika berucap pada Majlis Bersama Rakyat dan pelancaran PR1MA Teluk Intan di sini.

Bagi projek PR1MA, Najib berkata sebagai permulaan, sebanyak 1,000 unit rumah akan dibina di kawasan itu.

Projek PR1MA Teluk Intan secara keseluruhannya melibatkan kawasan seluas 202 hektar. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment