My Add

Tuesday 3 June 2014

Syarikat pertama gagal patuh gaji minimum didenda

KUALA LUMPUR, ISNIN 02 Jun, 2014: Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor hari ini menjatuhkan hukuman denda ke atas sebuah syarikat pembuatan produk kesihatan atas kesalahan gagal mematuhi Perintah Gaji Minimum 2012, Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011.

Ini merupakan kejayaan pertama Kementerian Sumber Manusia mendakwa syarikat atas kegagalan membayar gaji minimum sebanyak RM900 sebulan ke atas tiga orang pekerja tempatan yang digajikan oleh syarikat berkenaan.

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia dalam satu kenyataan memberitahu, kejayaan itu adalah hasil operasi Pasukan Khas Penguatkuasaan (PKP) Jabatan Tenaga Kerja Selangor yang telah menjalankan siasatan ke atas syarikat berkenaan selepas menerima aduan daripada pihak tertentu.

"Mahkamah telah menjatuhkan hukuman denda ke atas syarikat sebanyak RM3,000 iaitu RM1,000 bagi setiap pertuduhan," kata kenyataan tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment