My Add

Tuesday 17 June 2014

Tertuduh diarah bela diri kes bunuh pengasas Ambank

KUALA LUMPUR, SELASA 17 Jun, 2014: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan seorang penarik kereta membela diri terhadap pertuduhan membunuh pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysian (AmBank), Hussain Ahmad Najadi, tahun lepas.

Hakim Datuk Mohd Azman Husin turut memerintahkan Koong Swee Kwan, 45, membela diri terhadap pertuduhan cubaan membunuh isteri pengasas bank itu, Cheong Mei Kuen, 49.

Mohd Azman membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua pertuduhan yang dihadapi Koong.

Mahkamah turut meminda pertuduhan kedua, iaitu cubaan membunuh Cheong yang sebelum ini dibuat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 307(1) kanun sama.

Mahkamah kemudian menetapkan tiga hari bermula 19 Ogos untuk mendengar keterangan Koong.

Koong didakwa membunuh Hussain, 75, di tempat letak kereta Tokong Cina Kuan Yin di No 4 Lorong Ceylon di sini antara pukul 1.30 tengah hari hingga 2 petang pada 29 Julai 2013. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment