My Add

Tuesday 17 June 2014

Enam terbunuh, tiga hilang dalam kejadian tanah runtuh di Bogor

JAKARTA, SELASA 17 Jun, 2014: Enam orang terbunuh dan tiga lagi hilang selepas hujan lebat di Bogor, Jawa Barat, pada Isnin menyebabkan tanah runtuh yang memusnahkan sekurang-kurangnya lima buah rumah.

"Kejadian berlaku pada 1.30 pagi. Hujan lebat turun sekitar kampung Mekarwangi di daerah kecil Cariu dan menyebabkan cerun tinggi 30 meter runtuh mengakibatkan lima buah rumah tertimbus," Ketua Agensi Mitigasi Bencana Bogor (BPBD), Yos Sudrajat dipetik sebagai berkata oleh Jakarta Globe hari ini.

Enam orang yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh itu dikenali sebagai Dedeh, 38, Risma, 13, Wahyu, 17, Mardi, 37, Sopiah, 60, dan seorang budak lelaki berumur 4 tahun, Riski.

"Kami masih menjalankan gerakan mencari tiga orang lagi sementara tujuh telah diselamatkan. Mereka hanya cedera ringan. Mereka telah menerima rawatan," kata Yos.

Beliau berkata 30 anggota dari agensi itu telah dikerah untuk mencari mangsa. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment