My Add

Saturday 7 June 2014

Tiga beradik dipercayai didera nenek sendiri

KOTA KINABALU, JUMAAT 06 Jun, 2014: Tindakan beberapa penduduk di Taman Jaya Diri, Sepanggar dekat sini, ‘menjaga tepi kain orang lain’ berjaya menyelamatkan tiga beradik berusia antara tiga dan sembilan tahun daripada terus menjadi mangsa dera nenek mereka sendiri.

Penduduk yang menyedari penderaan itu beberapa kali sebelum ini, akhirnya bertindak nekad melaporkan perkara berkenaan kepada pihak berkuasa pada 3 Jun lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan M. Chandra berkata, bertindak atas maklumat, polis menyerbu rumah berkenaan dan menyelamatkan ketiga-tiga mangsa iaitu dua kanak-kanak perempuan berusia tiga dan sembilan tahun serta seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun.

Kata beliau, kesemua mangsa dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas, di sini bagi mendapatkan rawatan susulan.

"Berdasarkan laporan perubatan, terdapat kesan lebam di bahagian anggota badan seperti bahu, tangan dan lengan. Mangsa-mangsa bagaimanapun dilaporkan stabil dan dijangka diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sabah untuk tindakan susulan," katanya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment