My Add

Thursday 5 June 2014

Tunku Sallehhuddin dilantik Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah

 Tunku Sallehhuddin
ALOR SETAR, RABU 04 Jun, 2014: Tunku Temenggong Kedah, Datuk Seri Diraja Tunku Sallehhuddin Sultan Badlishahdiisytihar sebagai Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah berkuat kuasa 21 Mei lalu.

Pengisytiharan itu diumumkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir di sini hari ini selepas mendapat perkenan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

"Bagi pihak kerajaan negeri Kedah serta seluruh rakyat, saya mempersembahkan ucapan penghargaan dan setinggi-tinggi tahniah ke hadapan Yang Teramat Mulia Tunku Temenggong atas pelantikan ini," kata Mukhriz dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pelantikan itu adalah berikutan kemangkatan Tunku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah, 75, di Hospital Pantai Ipoh, Perak akibat serangan sakit jantung pada 21 Mei lalu.

Dua lagi anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah ialah Datuk Seri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah dan Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment