My Add

Saturday 14 June 2014

Ujian PT3 ganti PMR bermula 1 Julai ini

KUALA LUMPUR, SABTU 14 Jun, 2014: Ujian Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan bermula 1 Julai ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penilaian akan dimulakan dengan Instrumen Kajian Khas (Kajian Kes) bagi mata pelajaran Sejarah dan GeOgrafi bermula 1 hingga 18 Julai.

Kata Muhyiddin, ujian bertulis bagi mata pelajaran lain pula akan diadakan pada 12 hingga 17 Oktober depan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Amal Bukit Damansara , di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment