My Add

Tuesday 10 June 2014

Ukraine: Poroshenko seru henti perang

KIEV, SELASA 10 Jun, 2014: Presiden baharu Ukraine, Petro Poroshenko menyeru agar pertempuran di timur negara bekas jajahan Soviet itu yang dikuasai kumpulan pemisah pro-Rusia dihentikan segera pada akhir minggu ini.

"Kita mesti hentikan pertempuran pada hujung minggu ini. Bagi saya setiap hari akan ada orang yang mati, setiap hari juga Ukraine terpaksa membayarnya dengan harga yang tinggi, itu sesuatu yang merugikan."

"Maka untuk melakukannya, kita mesti kekalkan keamanan di sempadan Ukraine agar keselamatan setiap warganegara terjamin," kata Poroshenko dalam satu kenyataan yang diterbitkan dalam laman portal berita, Al-Jazeera.

Kenyataan yang dikeluarkannya itu diikuti dengan satu pusingan rundingan bersama wakil Duta Besar Moscow ke Kiev, Mikhail Zurabov dan wakil utusan Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE).

Rundingan itu diadakan sehari selepas hartawan berusia 48 tahun itu mengangkat sumpah sebagai Presiden Ukraine yang kelima. - AP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment