My Add

Tuesday 10 June 2014

Bashar al-Assad umum pengampunan besar-besaran

DAMSYIK, SELASA 10 Jun, 2014: Presiden Syria, Bashar al-Assad semalam mengumumkan pengampunan bagi kesemua jenis kesalahan, seminggu selepas pilihan raya Presiden yang diadakan ketika konflik politik masih melanda negara ini, menurut laporan televisyen.

Dekri pengampunan itu adalah yang terbesar sejak penentangan terhadap Bashar yang bermula pada Mac 2011.

Sekiranya pengampunan itu dilaksanakan, berpuluh-puluh ribu tahanan penjara dijangka akan dibebaskan, namun menurut kumpulan hak asasi, dekri pengampunan yang dikeluarkan sebelum ini tidak dilaksanakan sepenuhnya dan menyebabkan beribu-ribu tahanan masih dalam penjara. - AFP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment