My Add

Friday 13 June 2014

Umat Islam dijangka mula puasa 29 Jun

KUALA TERENGGANU, JUMAAT 13 Jun, 2014: Umat Islam di negara ini dijangka mula berpuasa pada 29 Jun ini manakala Aidilfitri pula bakal disambut 28 Julai, kata Pemangku Ketua Unit Falak Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Shahril Hirman Azmee.

Menurut beliau, oleh kerana 29 Syaaban 1435 Hijrah yang bersamaan dengan 27 Jun tidak memenuhi ketetapan imkanur-rukyah, maka keesokan harinya menjadi 30 Syaaban.

“Oleh yang demikian, 29 Jun 2014 dijangka 1 Ramadan 1435 Hijrah," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment