My Add

Wednesday 4 June 2014

UMNO Pulau Pinang sedia maafkan Rayer

PULAU PINANG, SELASA 03 Jun, 2014: UMNO negeri sedia memaafkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer sekiranya beliau benar-benar jujur dan ikhlas serta kesal atas kebiadaban mengeluarkan kata-kata kesat terhadap parti itu dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid berkata, beliau hairan mengapa Rayer perlu mengambil masa lebih lama untuk memohon maaf sedangkan boleh berbuat demikian lebih awal.

"Mengapa Rayer perlu menunggu sehingga enam bulan (sesi sidang DUN yang akan datang) untuk memohon maaf? Sekiranya beliau seorang yang budiman, permohonan maaf itu boleh dibuat pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jahara mengulas kenyataan Ra­yer seperti disiarkan sebuah portal berita semalam yang memetik beliau sebagai berkata: "Jika ada pihak yang mendesaknya mahu menarik balik ungkapan itu, maka juga harus dibuat dalam sidang DUN yang akan datang."

Rayer sebelum ini mencetuskan kemarahan ahli-ahli UMNO dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu selepas berulang kali mencela UMNO sebagai celaka dalam sidang DUN.

Tindakan biadabnya itu mengundang kemarahan sekumpulan pemuda yang bertindak merempuh bangunan DUN Pulau Pinang bagi meminta penjelasan wakil rakyat berkenaan.

Dalam pada itu, Jahara turut menyifatkan Rayer sebagai seorang ahli politik yang penakut kerana hanya berani berselindung di belakang tabir imuniti Dewan - UTUSAN

No comments:

Post a Comment