My Add

Friday 13 June 2014

Yang di-Pertuan Agong berangkat ke majlis Mengarak Panji-Panji Diraja

KUALA LUMPUR, JUMAAT 13 Jun, 2014: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Haminah Hamidun berangkat ke Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Kem Perdana Sungai Besi di sini pagi ini.

Istiadat sembah ikrar taat setia Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada Seri Paduka selaku Pemerintah Tertinggi ATM itu diadakan sempena sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong.

Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien.

Istiadat perarakan kelima-lima panji diraja itu yang melibatkan 560 anggota lain-lain pangkat dan 22 pegawai terdiri daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM.

Ketibaan Seri Paduka berdua disambut dengan perbarisan mempersembahkan `Hormat Diraja’ dan diikuti nyanyian lagu Negaraku, tembakan meriam 21 das dan terbang lintas lima buah helikopter yang membawa bendera perkhidmatan. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment