PEKERJA penyelamat membawa mangsa korban akibat letupan besar yang berlaku di pusat komersial Myanmar di Yangon, awal pagi ini. Pegawai dan saksi kejadian berkata, sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dan berpuluh-puluh lain tercedera dalam letupan yang melanda kawasan tersebut. - Foto AFP
YANGON, KHAMIS, 29 Disember, 2011: Sekurang-kurangnya 15 maut dan ramai cedera apabila sebuah gudang di ibu kota Myanmar di sini, awal pagi Khamis (waktu tempatan) meletup.
Punca letupan gudang yang menyimpan bahan kimia termasuk bahan berkaitan sektor binaan dan pengeluaran garam itu masih belum diketahui.
Pihak keselamatan negara itu berkata, tiga yang terbunuh susulan kejadian itu adalah anggota bomba. - BBC.com
No comments:
Post a Comment