My Add

Thursday 29 December 2011

Bekas Presiden Filipina berdepan tuduhan kes jenayah

MANILA, KHAMIS, 29 Disember, 2011: Pendakwaraya anti rasuah memfailkan kes jenayah kedua terhadap bekas Presiden Filipina, Gloria Macapagal Arroyo atas tuduhan mengenakan harga tinggi ketika perjanjian dengan gergasi telekomunikasi China yang membabitkan jumlah sogokan yang besar. 

Arroyo ditahan bulan lalu atas tuduhan berasingan iaitu penyelewengan ketika pilihan raya dan ditempatkan di hospital tentera. Beliau menafikan sebarang salah laku tetapi pada 2008, beliau membatalkan perjanjian sebanyak AS$330 juta (RM951 juta) di antara kerajaan Filipina dengan syarikat ZTE Corp, China bagi melaksanakan rangkaian jalur lebar seluruh negara berkenaan.

Kes terbaru yang difailkan itu adalah sebahagian daripada langkah Presiden ketika ini, Benigno Aquino III untuk membongkar penyelewengan di peringkat atasan yang menjadi wabak di Filipina. 

Aquino mendakwa Arroyo melakukan penyelewengan berabad lamanya. - AP 

No comments:

Post a Comment