My Add

Thursday, 29 December 2011

Ibu tunggal ditangkap bersama syabu RM1 juta di LTAPP

GEORGE TOWN, KHAMIS, 29 Disember, 2011: Polis menahan seorang wanita tempatan dan merampas 3.7 kilogram dadah jenis syabu, bernilai kira-kira RM1 juta di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), di sini semalam.

Ibu tunggal berusia 41 tahun yang berasal dari negeri ini dipercayai dijadikan keldai dadah oleh sindiket pengedaran dadah antarabangsa dan ditahan sebaik tiba di LTAPP pada pukul 3 petang.

Sepasukan anggota polis Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya menahan wanita itu hasil siasatan susulan terhadap dua warga Nigeria yang ditahan kerana memiliki dadah di Kuala Lumpur beberapa jam sebelum itu.

Hasil pemeriksaan terhadap wanita itu yang tiba dari Kuala Lumpur, polis menemui dadah tersebut yang disembunyikan di dalam beg pakaiannya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kes itu.

Beliau berkata, wanita itu kini direman bagi membantu siasatan menurut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment