My Add

Thursday 29 December 2011

SSM, Bebas serah memorandum kepada MB Kedah

ALOR SETAR, KHAMIS, 29 Disember, 2011: Solidariti Untuk Kebebasan Akademik (Bebas) bersama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menyerahkan Memorandum Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di Wisma Darulaman di sini hari ini.

Pengerusi Bebas, Mohd. Safwan Anang@Talib, 22, dari Universiti Malaya berkata memorandum yang mempunyai tujuh tuntutan diserahkan kepada Azizan kerana mempertikaikan tindakan kerajaan negeri yang menggantung lima pelajar Kolej Universiti Insaniah yang terbabit dengan perhimpunan tanpa kebenaran.

"Kami bukan sahaja serahkan kepada MB Kedah, sebaliknya kami turut akan serahkan memorandum yang sama kepada pemimpin-pemimpin negeri lain,” katanya kepada pemberita selepas penyerahan memorandum.

Beliau berkata, antara tujuh tuntutan gerakan itu ialah memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku), bebaskan ilmuan untuk berakademik, bebaskan mahasiswa untuk bersuara dan bebaskan mahasiswa berpersatuan.

Mohd. Safwan berkata, Gerakan solidariti itu akan menjelajah ke seluruh Malaysia dan menghantar memorandum kepada semua pemimpin kerajaan negeri, pemimpin universiti dan pemimpin Kerajaan Pusat bagi mendapatkan pendirian yang jelas terhadap tuntutan yang dibuat oleh mahasiswa.

Kedah adalah negeri pertama yang menerima memorandum itu, yang diserahkan kepada Setiausaha Akhbar MB, Helmi Khalid. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment