My Add

Thursday, 29 December 2011

Datuk Amar Mohd. Asfia pangku jawatan TYT Sarawak

KUCHING, KHAMIS, 29 Disember, 2011: Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar hari ini mengangkat sumpah pelantikan sebagai Pemangku Yang Dipertua Negeri Sarawak berkuat kuasa 27 Disember lepas hingga 10 Februari 2012.

Majlis menandatangani surat sumpah dan surat pengisytiharan tersebut disempurnakan di hadapan Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang dan disaksikan Hakim Mahkamah Tinggi Kuching, Datuk Rhodzariah Bujang di Dewan Lapau Dewan Undangan Negeri Sarawak, di sini pagi ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Pembangunan Tanah, Tan Sri Dr James Jemut Masing dan Menteri Pembangunan Sosial, Tan Sri William Mawan Ikom serta beberapa pemimpin negeri dan ketua masyarakat.

Yang Dipertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng ketika ini sedang bercuti rehat.

Abang Muhammad Salahuddin, 90, dilantik semula sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 5 Disember lalu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment