My Add

Tuesday 3 January 2012

5 sekeluarga dibunuh kejam di Sibu


ANGGOTA polis mengangkat salah satu mayat yang di bunuh kejam di Sibu, hari ini. Lima sekeluarga termasuk tiga kanak-kanak ditemui dibunuh dengan kejam di rumah mereka di RTM Road Lane 13B1, Sibu, kira-kira jam 7 pagi tadi. - Foto Ihsan Sin Chiew Daily

SIBU, SELASA, 03 Januari, 2012: Lima sekeluarga termasuk tiga kanak-kanak ditemui dibunuh dengan kejam di rumah mereka di RTM Road Lane 13B1 di sini kira-kira 7 pagi ini. 

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Shafie Ismail, berkata mangsa dikenal pasti sebagai wanita warga emas berusia 80 tahun, anak lelakinya yang juga ahli perniagaan berusia 36 tahun serta tiga anaknya iaitu seorang perempuan berumur 10 tahun dan dua lelaki masing-masing berusia lapan dan tujuh tahun.

"Anak yang bongsu meninggal dunia dunia di Hospital Sibu sejurus selepas tiba untuk rawatan akibat kecederaan parah di kepala," katanya.

Shafie berkata, polis percaya pelaku lebih daripada seorang dan mereka menggunakan objek tumpul dan objek tajam untuk membunuh mangsa. 

"Satu sidang media akan diadakan Timbalan Pesuruhjaya Polis negeri, Datuk Law Hong Soon, petang ini berhubung kes itu," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment