My Add

Friday 27 January 2012

Anwar enggan saman bukti ada kebenaran

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 27 Januari, 2012: Keengganan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaman beberapa individu yang pernah rapat dengan beliau disifatkan sebagai satu bukti jelas bahawa segala pendedahan oleh mereka terbabit berhubung tingkah laku Ketua Pembangkang itu ada kebenaran.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari percaya jika segala dakwaan oleh beberapa bekas teman rapatnya itu tidak berasas sudah tentu Anwar dengan segera akan bertindak menyaman mereka.

Selain itu, beliau turut berpendapat keengganan Anwar itu boleh dianggap sebagai satu bentuk pengiktirafan segala pendedahan sebelum ini sememangnya mempunyai asas kukuh.

''Saya optimis Anwar menyaman mereka sekiranya apa diperkatakan sebelum ini tidak mempunyai asas langsung bagi membuktikan beliau benar-benar 'bersih'.

''Atas sebab itu Anwar enggan menyaman bekas rakan-rakannya,'' katanya di sini, semalam.

Utusan Malaysia semalam, melaporkan kenyataan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Ezam Mohd. Noor yang Anwar tidak berani menyaman individu seperti Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Datuk S. Nallakaruppan dan Ummi Hafilda Ali walaupun ketiga-tiga mereka secara terbuka mendedahkan kesalahan moral Ketua Pembangkang itu.

Ezam berkata, ini kerana Anwar sendiri tahu dakwaan mereka adalah benar dan banyak lagi 'pekung' akan dibuka sekiranya kes dibawa ke mahkamah.

Anuar yang senada dengan Ezam berkata, tindakan Anwar menyaman bekas teman rapatnya itu hanya membawa kepada lebih banyak pendedahan tentang dirinya jika kes saman itu dibicarakan di mahkamah.

Ini pasti katanya tidak akan menguntungkan Anwar di mata penyokong Ketua Pembangkang itu.

Mengenai tindakan Anwar yang bertindak menyaman akhbar Utusan Malaysia, beliau berkata, ia semata-mata untuk mendapatkan keuntungan politik.

''Sekali gus Anwar mahu mengelakkan penyokongnya lari daripada meninggalkannya. Utusan Malaysia sebenarnya hanya melaporkan apa diperkatakan bekas sahabat Anwar yang tahu tembelang sebenar Ketua Pembangkang itu,'' ujarnya.

No comments:

Post a Comment