My Add

Thursday 5 January 2012

Anwar mengaku tidak akan lari dari Malaysia

MUAR, KHAMIS,05 Januari, 2012: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaku beliau boleh melarikan diri ke luar negara seperti ke Turki bagi menyelamatkan diri daripada hukuman berkaitan kes liwatnya.

Bagaimanapun, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menegaskan beliau tidak mahu berbuat demikian.

Katanya, beliau tidak gentar untuk dipenjara sekiranya mahkamah pada 9 Januari ini memutuskannya bersalah dalam kes liwatnya.

"Tahu tak sembilan haribulan ini mahkamah nak putus (kes liwat). Saya ada pilihan boleh duduk di Arab atau Turki, duduk sana tak balik. Saya tidak mahu duduk penjara, saya duduk luar (negara). Nak maki, makilah, sekarang tak duduk penjara pun kena maki juga.

"Tapi saya bincang dengan (Datin Seri Wan) Azizah dan keluarga, mereka setuju lawan, pertahankan hak, pertahankan maruah dan jaga kepentingan rakyat," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 1,000 penduduk termasuk penyokong pembangkang dari luar daerah di Kampung Parit Samsu di sini malam semalam.

Pada 9 Januari ini Anwar akan mengetahui nasibnya sama ada akan dibebaskan atau disabitkan bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 26.

Kes tersebut merupakan kali kedua Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dibicarakan selepas mengaku tidak bersalah meliwat Mohd. Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini, antara pukul 3.01 dan 4.30 petang, 26 Jun 2008. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment