My Add

Tuesday 24 January 2012

BN amal prinsip ”semangat kekitaan dan rasa kebersamaan”


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak, disambut meriah rakyat Pulau Pinang ketika hadir di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional negeri di Tanjung City Marina hari ini. - Foto Rosli Ahmad



GEORGETOWN, SELASA, 24 Januari, 2012: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) mengamalkan prinsip “semangat kekitaan dan rasa kebersamaan” bagi mengukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Beliau berkata, dengan berpegang kepada prinsip berkenaan rakyat Malaysia dari pelbagai kaum mampu untuk bergerak ke hadapan sebagai satu negara, satu bangsa dan satu visi.

"Kita perlu sokongan daripada semua kaum, Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Orang Asli dan pelbagai lagi. Sekiranya semua ini bergerak sederap (serentak) sebagai satu bangsa, satu negara dan satu satu visi maka Insya-Allah kita akan mencapai apa yang diharapkan.

Ini bukanlah satu impian yang tidak mungkin jadi kenyataan, ini bukanlah igauan tetapi satu impian manis yang boleh jadi kenyataan kalau kita bergerak dengan semangat kekitaan dan rasa kebersamaan,” katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment