My Add

Monday 23 January 2012

Daerah Jember digegar gempa bumi

JAKARTA, ISNIN, 23 Januari, 2012: Daerah Jember di Jawa Timur hari ini digegar gempa bumi berukuran 5.1 pada skala Richter tetapi kejadian itu tidak berpotensi tsunami.

Berdasarkan maklumat Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG), gempa bumi itu berlaku dalam laut di 177 kilometer ke Barat Daya Jember dengan kedalaman 10 kilometer, pada pukul 11.16 pagi.

Belum ada sebarang laporan mengenai kemalangan jiwa dan kerosakan pada harta benda.

Bagaimanapun, pihak berkuasa terus memantau keadaan di kawasan berkenaan secara lebih dekat sebagai persediaan menghadapi kemungkinan berlakunya gempa susulan. - BERNAMA


No comments:

Post a Comment