My Add

Wednesday 25 January 2012

DCA perlu kaji semula larangan bina bangunan tinggi

IPOH, RABU, 25 Januari, 2012: Kerajaan negeri Perak mahu Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengkaji semula larangan pembinaan bangunan tinggi di Ipoh kerana ia menyukarkan usaha pembangunan bandar raya itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, ramai kontraktor yang berminat untuk membina bangunan tinggi di Ipoh, bagaimanapun ia tidak dapat dilaksanakan berikutan larangan itu.

"Mereka telah sebut Ipoh tidak boleh keluar daripada peraturan yang ada. Kita faham kita tidak boleh bina bangunan tinggi berhampiran lapangan terbang iaitu tempat kapal terbang berlepas dan mendarat kerana ia melibatkan isu keselamatan.

"Tapi kita tidak boleh nafikan hak Ipoh untuk mempunyai bangunan tinggi di kawasan lain (sekitar Ipoh)," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Zambry berharap DCA bersedia untuk mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri berhubung perkara itu.

"Kita hormati pandangan DCA. Kita harap DCA dapat berbincang secara praktikal dengan kerajaan negeri," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment