My Add

Wednesday 25 January 2012

FGV kini dikenali Felda Global Ventures Holdings Bhd

KUALA LUMPUR, RABU, 25 Januari, 2012: Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGV) kini akan dikenali sebagai Felda Global Ventures Holdings Berhad. 

Status syarikat itu berubah daripada syarikat sendirian berhad, berikuan kelulusan Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 18 Januari, kata Felda Global Group hari ini.

Katanya dalam satu kenyataan, perubahan status itu merupakan sebahagian daripada proses awal persediaan bagi tawaran awam awal (IPO) syarikat itu menjelang Jun.
FGV telah melantik beberapa penasihat bagi penyenaraiannya di Bursa Malaysia Securities Bhd. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment