My Add

Wednesday 11 January 2012

Hadi tentukan pengganti Hasan Ali jadi Exco Selangor

PETALING JAYA, RABU, 11 Januari, 2012: Individu yang akan menggantikan Datuk Dr. Hasan Ali sebagai anggota Exco kerajaan negeri Selangor akan ditentukan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata naib presiden parti itu, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam satu mesyuarat kepimpinan Pas tidak lama lagi.

"Bila (mesyuarat) itu saya tak tahu. Tapi buat masa ini, kita belum buat keputusan lagi. Surat (pemecatan) sudah dihantar kepada Hasan Ali,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pada Ahad lepas, Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastrukur dan Kemudahan Awam Selangor dan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor dipecat sebagai anggota Pas berkuat kuasa serta merta kerana didakwa bertindak melanggar kepentingan parti.

Mahfuz berkata, Hasan masih mempunyai peluang untuk merayu kepada Majlis Syura Pas jika tidak berpuas hati dengan pemecatan beliau. - BERNAMA


No comments:

Post a Comment