My Add

Thursday 5 January 2012

Hasan Ali anggap demo "Bebaskan Anwar 901" sia-sia

SHAH ALAM, KHAMIS, 05 Januari, 2012: Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali menolak perhimpunan haram ”Bebaskan Anwar 901” pada 9 Januari ini dan menyifatkannya sebagai perbuatan sia-sia serta memberi kesan tidak baik terutamanya kepada golongan muda.

Beliau berkata, ahli Pas tidak perlu menghadiri perhimpunan berkenaan.

"Jika semua pihak termasuk golongan pelajar dan muda turun pada hari itu ia akan memberikan implikasi tidak baik, lebih-lebih lagi apabila mereka sedang berdepan dengan peperiksaan akhir.

"Saya tidak akan hadir dan saya nasihatkan anak-anak saya dan para mahasiswa khususnya supaya tidak hadir dan berikan tumpuan pada peperiksaan akhir supaya menjadi generasi pelapis yang lebih gemilang,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Hasan berkata semua pihak termasuk pemimpin yang terlibat harus memikirkan sedalam-dalamnya perkara itu kerana ia memberikan kesan bukan sahaja kepada negara tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan pada tarikh berkenaan dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lepas.

Hasan berkata perbicaraan itu telah berlangsung lebih tiga tahun dan Anwar telah diberikan ruang dan peluang yang sepatutnya oleh mahkamah. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment