My Add

Friday 27 January 2012

Ingress sedia kembang operasi di Indonesia

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 27 Januari, 2012: Ingress Corp Bhd bersedia mengembangkan operasinya di Indonesia sejajar dengan jangkaan pertumbuhan di dalam industri kenderaan bermotor di negara itu.

Naib Pengerusi Eksekutif/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Rameli Musa berkata, Ingress akan mengembangkan operasi Indonesianya bersama-sama rakan Jepunnya, Katayama Kogyo Co Ltd dan Yonei Co Ltd.

Rameli berkata, Ingress telah mendapat kontrak pengilangan bagi kenderaanpelbagai kegunaan Suzuki yang baharu, model baharu Daihatsu dan Nissan dan bersama-sama rakan Jepunnya, akan melaksanakan usaha pemasaran bagi model Jepun yang lain.

Yonei adalah syarikat sekutu Mitusbishi di Jepun.

Ingress kini mempunyai satu anak syarikat, PT Ingress Malindo Ventures, di Indonesia.

"Fokus kami untuk berkembang akan dilakukan di Indonesia. Kini, kami hanya mempunyai satu operasi kecil di Indonesia.

"Mulai 1 Februari kami akan merangsang pasukan pemasaran kami di sana."

"Ia akan melaksanakan usaha bagi mendapatkan sesetengah projek di Indonesia," katanya kepada Bernama. - BERNAMA


No comments:

Post a Comment