My Add

Thursday 26 January 2012

Janji lupus PTPTN retorik politik - Pengerusi PTPTN

KUALA KRAU, KHAMIS 26 Januari, 2012: Janji pembangkang yang kononnya mahu melupuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dilihat lebih bersifat janji politik semata-mata dalam usaha mereka untuk meraih sokongan generasi muda.

Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, rakyat perlu sedar bahawa pihak pembangkang kini akan menabur pelbagai janji dalam usaha mereka meraih sokongan menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti.

"Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membuat janji itu sebenarnya tidak berpijak di bumi nyata.

"Semasa beliau (Anwar) menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau pernah mencadangkan supaya kerajaan meminjam daripada Tabung Kewangan Dunia (IMF) ketika berlaku krisis ekonomi, kini beliau mahu lupuskan pinjaman PTPTN pulak?,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) kepada 233 penduduk Dewan Undangan Negeri kawasan Kerdau di sini.

Ismail yang juga Ahli Parlimen Kuala Krau berkata, rakyat wajar berfikir secara rasional terhadap setiap janji yang dibuat pihak pembangkang ketika ini, kerana banyak janji yang dibuat itu langsung tidak berpijak di bumi nyata. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment